Skip to content

Selamat Datang Ke Dokumentasi eKV!

Pengenalan

Projek ini dibangunkan sebagai sebuah aplikasi web yang dapat digunakan oleh pelajar Kolej Vokasional bagi melakukan beberapa fungsi melalui antaramuka web.

Projek ini diterbitkan secara sumber terbuka di bawah lesen GPLv3 bagi membolehkan mana-mana individu dan Kolej Vokasional untuk memberi sumbangan idea dan juga penambahbaikan selain membenarkan mereka menggunakan sistem ini secara percuma. Ini kerana kebanyakan Kolej Vokasional masih tidak mempunyai sistem sebegini oleh kerana kekurangan kepakaran dalam pembangunan aplikasi web.

Lihat laman Fungsi untuk senarai fungsi yang dalam perancangan dan telah dibangunkan.

Sumbangan

Sebarang sumbangan dari segi idea dan kepakaran amatlah dialu-alukan bagi membolehkan sistem ini ditambah baik pada masa akan datang.

Lihat senarai penyumbang (contributors) bagi projek ini: Klik Di Sini

Lesen

Projek ini diterbitkan secara sumber terbuka di bawah lesen GPLv3.

Hubungi

Anda boleh menghubungi penyelenggara (maintainer) projek ini melalui email dengan subjek [eKV]: hanisirfan.work[at]gmail.com

Back to top